India kini menjadi negara kedua tertinggi Covid-19, selepas Amerika Syarikat. foto Reuters

GENEVA – Kekeliruan dan rasa puas hati dalam menangani Covid-19 bermakna pandemik ini akan mengambil lebih lama lagi untuk ditangani.

Tetapi jangkitan ini boleh ditangani dengan langkah-langkah penjagaan kesihatan awam yang terbukti kesannya, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Setakat ini sekitar 780 juta vaksin telah diberikan secara peringkat global, tetapi langkah-langkah termasuk memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal harus diterapkan untuk menangani penularan wabak.

“Kami mahu melihat masyarakat dan ekonomi dibuka kembali, dan perjalanan dan perdagangan beroperasi,” kata Tedros.

Bagaimanapun, katanya, pada ketika unit-unit penjagaan rapi di kebanyakan negara mengalami limpahan pesakit dan kes kematian dan ini perlu ditangani secara total.

“Pandemik Covid-19 masih mengambil masa untuk dikawal. Tetapi kita mempunyai banyak alasan untuk optimis. Penurunan kes dan kematian selama dua bulan pertama tahun ini menunjukkan bahawa virus ini dan variannya dapat dihentikan,” katanya.

Beliau menyifatkan penularan semula Covid-19 didorong oleh “kebingungan, kepuasan dan tidak konsisten melaksanakan langkah-langkah kesihatan.

India telah mengatasi Brazil untuk menjadi negara kedua tertinggi kes koronavirus di seluruh dunia selepas Amerika Syarikat, menghadapi gelombang kedua yang besar, setelah memberi sebanyak 105 juta dos vaksin dalam kalangan penduduknya seramai 1.4 bilion.

“Kita berada pada titik kritikal dalam pandemi sekarang, trajektori pandemik ini berkembang untuk minggu ketujuh berturut-turut,” kata Ketua Pasukan Covid-19 WHO, Maria van Kerkhove.

Kes Covid-19 meningkat 9% pada minggu lalu, peningkatan minggu ketujuh berturut-turut dan pertambahan kes kematian sebanyak 5%.

“Jika dilihat kepada keluk pandemik dan trajektori pandemi sekarang, ia berkembang dengan pesat,” ujar Maria.

Tedros memberitahu, di beberapa negara, walaupun kadar jangkitan berterusan, restoran dan kelab malam penuh masih penuh manakala dan pasar tetap sesak dengan hanya segelintir orang mengambil langkah berjaga-jaga.

“Ini kerana ada yang berpendapat jika mereka masih muda, tidak masalah jika dijangkiti Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast