Bangunan Nevskaya Manufaktura. yang musnah terbakar. foto Agensi

MOSCOW – Seorang anggota bomba meninggal dunia dan dua lagi cedera parah selepas sebuah kilang bersejarah di St Petersburg terbakar.

Kebakaran bermula pada kira-kira pukul 12:30 waktu tempatan (09:30 GMT) merebak dengan pantas di semua enam tingkat bangunan Nevskaya Manufaktura.

Akibat kebakaran itu, sebahagian besar bumbung dan lantai kilang runtuh, kata Kementerian Kecemasan Rusia.

Angin kencang menghalang usaha memadamkan api oleh 300 anggota bomba yang terlibat dalam operasi tersebut.

Orang ramai menyaksikan bangunan Nevskaya Manufaktura yang terbakar dari tebing Sungai Neva. foto Agensi

Kebakaran besar itu menyebabkan asap hitam berkepul-kepul menyelubungi ruang udara.

Bangunan ini dibangunkan pada tahun 1841, ketika itu digunakan untuk membuat kain dan merupakan mercu tanda ikonik di St Petersburg.

Nevskaya Manufaktura terletak di tebing Sungai Neva, yang melalui St Petersburg, bandar kedua terbesar di Rusia.

Ia dikendalikan oleh pemerintah Soviet, kemudian diswastakan pada tahun 1992.

Anggota bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran besar yang memusnahkan sebahagian bangunan ikonik Nevskaya Manufaktura textile. foto TASS

Sebilangan bangunan masih digunakan untuk pembuatan kain, sementara kawasan lain disewa sebagai ruang pejabat.

Pada tahun 2001 kilang tersebut telah disenaraikan sebagai tapak bersejarah dan budaya St Petersburg.

Punca kebakaran tidak diketahui dan siasatan telah dimulakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast