Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof (kanan) dan Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri (dua dari kiri). foto NOOREEZA HASHIM, 04 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Agama Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sinis dengan keistimewaan yang diperoleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Mujahid berkata, ketika memegang jawatan itu beliau tidak menaiki jet peribadi ke Riyadh, Arab Saudi, sebaliknya hanya menggunakan pesawat komersial.

“Antara moment trip resmi ke Saudi di Makkah dan di Riyadh dgn Menteri Agama dan Menteri Haji.

“Saya naik commercial flite (penerbangan komersial) dari Jeddah ke Riyadh. Tak ada rombongan besar, hanya TS Pengerusi TH dan 2 pegawai saya. Tahniah menteri hari ni diberi kemudahan tajaan,” katanya di Twitter.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu mengulas mengenai penularan video berdurasi 57 saat yang memaparkan Zulkifli berada dalam pesawat mewah semasa lawatan ke negara itu bagi membincangkan hal ehwal haji dan umrah untuk umat Islam di Malaysia.

Bagaimanapun sebelum ini Zulkifli menjelaskan bahawa penerbangan beliau dari Riyadh ke Madinah seperti yang dipaparkan dalam rakaman video yang tular itu diuruskan sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia (Muslim World League).

“Saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati,” kata Zulkifli. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Mmg la kamu dulu naik pesawat komersil sbb masa tu PH cakap Malaysia dah nak bankrap. Pelik pulak jika negara nak bankrap tp menterinya naik private jet.
    Keduanya skang ni zaman Covid. Liga Muslim yang atur private jet utk keselamatan bukan saja menteri Malaysia tu tp wakil2 di Mekah/Arab.

  2. Bagus Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ni, kos penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia (Muslim World League).

    Tak usahlah nak bandingkan diri anda dengan tokoh ternama ini, bagai langit dengan bumi!

Comments are closed.