Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menegaskan rakyat di negara ini telah lama faham akan corak perjuangan DAP.

Ulas beliau, pengakuan pemimpin parti itu yang berkata DAP perlu mencairkan kecinaannya jelas mencerminkan sifat sebenar parti pimpinan Lim Guan Eng itu.

“Pengakuan pemimpin DAP tentang sifat DAP yang mereka perjuangkan telah lama rakyat fahami.

“Walau beberapa kerat (pemimpin) cuba menafinya, namun itulah hakikat dan realitinya,” katanya di Twitter beliau, hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ketereh itu tidak memperincikan siapa pemimpin DAP yang disebut beliau.

Pada Isnin lalu, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu berkata, parti itu tidak boleh dibataskan hanya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Lui berkata, DAP tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politiknya.

Malah beliau berkata, DAP tidak boleh menggambarkan bahawa parti itu bukan parti Cina.

Kenyataan Liu itu mendapat kecaman kepimpinan parti yang lain.

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang menyifatkan ADUN Sungei Pelek itu sebagai “cauvinis Cina yang tidak diperlukan DAP” manakala Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh pula berkata Liu “menjejaskan usaha para pemimpin DAP lain yang memerangi prasangka dan stigma terhadap DAP”. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Padahnya buruh warga asing termasuk pengganas PKM sekian lama dibiayai Tanah Besar China disanjung hormat sebagai warganegara tempatan. DR ratifikasi ICERD tetapi sila Google: Dominican Republic stripped citizens

Comments are closed.