Kumpulan sasaran bagi 3 fasa pemberian vaksin dan anggaran individu yang akan divaksinasi

KUALA LUMPUR – Kumpulan sasaran bagi pemberian vaksin dan anggaran individu yang akan divaksinasi bagi fasa satu pada Februari hingga April ini telah melepasi sasaran 500,000 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkata, jumlah penerimaan vaksinasi bagi dos pertama dan kedua dilaporkan sebanyak 1,050,138 orang setakat semalam.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 632,668 telah menerima dos pertama.

“Manakala, sebanyak 417,470 orang telah melengkapkan penerimaan dos kedua,” katanya menerusi akaun Twitternya hari ini.

Menurut Dr. Adham, jumlah pendaftaran pula adalah seramai 8,687,372 orang.

Orang ramai yang belum mendafar boleh melakukannya menerusi aplikasi MySejahtera atau di laman rasmi http://vaksincovid.gov.my atau hubungi Hotline 1800888828,” katanya di laman sosial twitternya hari ini. – MalaysiaGazette

Laporan harian jumlah pendaftaran vaksin