Orang ramai memenuhi bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Gambar hiasan. Foto HAZROL ZAINAL, 13 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang didapati gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kepada pengunjung bazar Ramadan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Arcyl Sani Abdullah Sani berkata, peniaga juga perlu bertanggungjawab dalam memastikan pengunjung premis mereka mematuhi SOP ketika urus niaga dijalankan.

“Pengunjung harus memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal serta mengimbas kod QR di aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suhubungan itu, tambah beliau, polis akan sentiasa memantau lokasi-lokasi bazar Ramadan bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast