Hadi Fayyadh dilaporkan mengalami kecederaan ACL dilutut sebelah kanan pada 23 Mac  lalu  ketika menjalani sesi latihan.

KUALA LUMPUR – Pemain muda Malaysia yang kini beraksi secara pinjaman bersama Azul Claro Numazu dalam saingan J3 League, Hadi Fayyadh disahkan mengalami kecederaan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

Berita itu diumumkan di laman web rasmi oleh kelab tersebut.

Hadi Fayyadh dilaporkan mengalami kecederaan ACL dilutut sebelah kanan pada 23 Mac  lalu ketika menjalani sesi latihan.

Dalam kenyataan sama, Azul Claro Numazu memberitahu, tarikh pembedahan akan ditentukan dan maklumat lanjut berkaitan akan diumumkan selepas selesai pembedahan dilakukan. – MalaysiaGazette