Director-General of Health, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette
Director-General of Health, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 selama empat hari berturut-turut sejak Isnin lalu dengan hari ini sebanyak 2,148 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 2,129 kes adalah penularan tempatan, masing-masing 1,791 warga tempatan dan 338 warganegara asing.

“Sebanyak 19 kes pula adalah kes import membabitkan enam warga tempatan dan 13 warganegara asing.

“Ini menjadikan jumlah kes baharu setakat ini sebanyak 367,977 kes kumulatif manakala 17,575 adalah kes aktif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, kes sembuh pula menunjukkan penyusutan sehingga 226 kes menjadikan jumlah kes sembuh setakat hari ini mencecah 1,259 kes.

“Ini menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 349,039 kes kumulatif atau 94.9 peratus setakat jam 12 tengah hari ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, KKM juga merekodkan sebanyak 212 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dan sebanyak 82 kes pula memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala kes kematian pula meningkat dua kes berbanding semalam dengan 10 kes pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 sebanyak 1,363 kes kumulatif, 0.37 peratus membabitkan sembilan warganegara dan seorang bukan warganegara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette