Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang mengumumkan sekali lagi akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada bulan Jun tahun ini.

Bagaimanapun beliau memaklumkan tidak mengharapkan sebarang jawatan dalam parti itu.

“Saya tidak menyasarkan apa-apa kedudukan penting dan saya bersedia untuk dikalahkan dalam pemilihan parti yang saya telah dedikasikan 55 tahun hidup saya untuk mengejar Impian Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang kini telahpun berusia 80 tahun membuat pengumuman itu ketika berucap di hadapan penyokongnya dalam satu majlis, di sini semalam.

Lim menjawat sebagai Setiausaha Agung DAP dari tahun 1969 hingga 1999 dan selepas pilihan raya umum 1999, beliau menjadi Pengerusi DAP yang kedua.

Bagaimanapun beliau menolak pelantikan selepas Pilihan Raya Umum 2004.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Alaaaa bertanding tak bertanding sama jaaa..DAP ialah Kit Siang…Kit Siang ialah DAP sampai mampus…

Comments are closed.