Lokasi kejadian tembakan berhampiran kemudahan FedEx. foto BBC

INDIANAPOLIS – Lapan orang terbunuh dan ramai lagi dilaporkan cedera dalam tembakan di bandar ini, kata polis.

Saksi mendengar beberapa tembakan di sebuah kemudahan FedEx dan seorang saksi mengatakan dia telah melihat seorang lelaki melepaskan tembakan dari senjata automatik.

Lelaki bersenjata itu, yang dianggap bertindak sendiri, dilaporkan telah membunuh dirinya sendiri.

Susulan itu, pihak berkuasa mengesahkan tidak ada lagi ancaman terhadap keselamatan orang ramai.

Polis mengatakan beberapa yang cedera berada di hospital.

Insiden itu bagaimanapun tidak menyebabkan penerbangan dari lapangan terbang berhampiran terjejas.

“Ketika anggota polis tiba, mereka terlibat dalam insiden tembakan. Mereka ini terlibat dalam pencarian awal di kawasan, dalam dan luar, kami telah menempatkan lapan orang di tempat kejadian.

“Mereka mengalami kecederaan akibat luka tembakan dan meninggal dunia di lokasi,” kata jurucakap polis.

Setakat ini belum jelas motif pembunuhan itu. – MalaysiaGazette