Allahyarham Abu Bakar Omar.

KUALA LUMPUR – Pelakon drama veteran, Abu Bakar Omar meninggal dunia pukul 9.04 pagi tadi.

Berita kematian itu dimaklumkan anak lelaki Allahyarham, Mohd Zainuddin Abu Bakar menerusi Facebook hari ini.

“Dengan sedih keluarga memaklumkan bahawa ayahanda kami Tuan Haji Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke Rahmatullah.

“Jenazah akan diuruskan di No 7 Jalan Bukit Nyamuk Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang,” demikian menurut hantarannya di laman sosial itu.

Mohd Zainuddin berkata, solat jenazah dijangka dilakukan selepas solat Jumaat tengahari ini di Masjid Al Ghufran dan urusan pengebumian selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah. – MalaysiaGazette