Raul Castro

HAVANA – Raul Castro berkata beliau akan meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Komunis Cuba, menematkan era kepimpinan yang memulakan revolusi bersama abangnya, Fidel pada 1959.

Castro, 89, mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis pembukaan kongres parti pemerintah kelapan, yang mana hanya kongres yang dibenarkan di pulau itu.

Castro berkata, beliau meletakkan jawatan kerana mahu ‘menunaikan misinya dan yakin terhadap masa depan negara tersebut’.

“Tiada, tiada, tiada (sesiapa) memaksa saya untuk mengambil keputusan ini,”

“Selagi saya masih hidup, saya akan bersedia untuk mempertahankan negara, revolusi dan sosialisme ini dengan kekuatan yang lebih lagi,” kata Castro yang mana  ucapannya pada majlis penutup kongres yang disiarkan secara langsung rangkaian televisyen milik kerajaan.

Castro tidak menyatakan penggantinya sebagai Setiausaha Pertama Parti Komunis, lapor agensi berita, AP.

Bagaimanapun sebelum ini beliau membayangkan Miguel Díaz-Canel, 60, akan mengambilalih jawatan Presiden pada 2018 dan penyokong setia dalam golongan muda menyaksikan pembukaan ekonomi tanpa menyentuh sistem satu parti Cuba.

Gambar yang disiarkan agensi berita Cuba menunjukkan Castro yang mengenakan uniform berwarha hijau diiringi Diaz-Canel memasuki kongres.

Peletakkan jawatan Castro bermakna, untuk pertama kali lebih enam dekad keluarga Castro tidak akan membimbing Cuba, dan ia berlaku ketika negara itu menghadapi masa yang sukar dengan banyak penduduknya ingin tahun tentang masa depan.

Pada tahun ini kongres dijangka memberi tumpuan terhadap pemulihan untuk membaik pulih perusahaan milik kerajaan yang tidak selesai, menarik pelaburan asing dan menyediakan lebih banyak perlindungan perundangan kepada aktiviti perniagaan persendirian.

Parti Komunis disertai 700,000 aktivis dan ia bertanggungjawab terhadap perlembagaan Cuba yang mengarahkan hal ehwal negara dan masyarakat.

Mengetuai revolusi, Fidel Castro menyingkirkan diktator, Fulgencio Batista, pada 1959 dan menjadi ketua parti pada 1965, kira-kira empat tahun selepas teruja dengan sosialime.

Beliau menyerapkan pada parti lama di bawah kawalannya dan menjadi pemimpin negara itu sehingga jatuh sakit pada 2006. Pada pada 2008 Fidel menyerahkan jawatan Presiden kepada adik beliau, Raul yang berjuang bersama-sama semasa revolusi.

Raul mengambilalih jawatan ketua parti pada 2011. Fidel meninggal dunia pada 2016.

 

 

Sepanjang hayatnya, Raul merupakan orang kuat Fidel sebagai pemerihtah gerila, kemudian menjadi tokoh kanan dalam kerajaan sosialis.

Bagaimanapun, sejak sedekad lalu, Raul merupakan wajah kepada komunis Cuba dan penentang usaha Amerika Syarikat untuk menguburkan siistem sosialis. – MalaytsiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast