Johor Bahru – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan Senarai nama pegawai polis yang tular didakwa melindungi kegiatan terancang ‘Geng Nicky’ yang diketuai Datuk Seri Nicky Liow Woon Hee mempunyai kaitan dengan siasatannya.

Beliau berkata, daripada siasatan dan soal siasat yang dilakukan, senarai nama oegawai yang tular baru-baru ini tiada kaitan dengan kes Datuk Seri Nickey.

“Memang tiada kaitan. Setakat inilah. Yang pasti tiada kaitan dengan siasatan saya la, tiada kaitan dengan Dato Nickey, tak ada.

“Tak tahulah dengan lain, saya tak pasti tapi ini banyak sangat yang diviralkan. Jangan percaya, banyak benda benda diviralkan dengan PDRM,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Infaq Ramadhan di Masjid Jannatulfirdaus, Taman Molek, di sini, hari ini.

Baru-baru ini tular beberapa nama pegawai, termasuk pegawai berpangkat Asisten Superintendan Polis (ASP), yang dikatakan melindungi dan menerima rasuah daripada pelbagai sindiket jenayah terancang termasuk Geng Nickey.

Dalam senarai berkenaan turut menyatakan pegawai yang berpangkat ASP itu juga turut dilindungi dan mempunyai kaitan rapat dengan ketua jenayah terancang.

Dalam pada itu, Ayob meminta orang ramai agar tidak mempercayai maklumat yang tular dan tidak tepat. – MalaysiaGazette