Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan serbuan dan pengeledahan yang dilakukan polis di Trigon Residence Setiawalk, Puchong, Selangor pada Mac lalu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peruntukan undang-undang.

“Saya membuat kenyataan akhbar ini bagi menjawab kepada luahan penduduk Trigon Residence Setiawalk, Puchong berkaitan kerosakan semasa serbuan 20 Mac lalu.

“Sebanyak 45 daripada 70 serbuan yang dilaksanakan melibatkan unit kondominium di Trigon Reaidence dan dalam serbuan itu beberapa unit kondominium telah dimasuki dengan memecahkan tombol pintu dan geledah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas Ayob,pengeledahan unit-unit itu dibuat berdasarkan maklumat risikan dan atas sebab munasabah.

“Pengeledahan dan risikan itu kerana mensyaki suspek bersembunyi dan dokumen atau harta-harta terlibat juga disimpan dan disembunyikan di situ,”katanya.

Pada 20 dan 21 Mac lalu, Task Force Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor yang disertai 220 orang pegawai dan anggota dari pelbagai jabatan termasuk Pasukan Gerakan Khas AM (PGA) Batalion 4,Cheras telah menjalankan operasi Khas iaitu OPS Pelicin 3.0 sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Katanya, operasi itu bertujuan mengesan anggota dan ketua kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ yang diketuai seorang lelaki Cina tempatan bernama Datuk Seri Nicky Liow Woon Hee.

1 Komen

  1. Silap besar sebab asalnya ada hak warganegara dari Tanah Besar China buat menyempit jer di Tanah Melayu lagi sempit ni. DR ratifikasi ICERD tetapi sila Google: Dominican Republic stripped citizens

Comments are closed.