Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali memantau pematuhan SOP di kalangan peniaga dan pengunjung Bazar Stadium di Kuantan, Pahang

KUANTAN – Warga emas dan kanak-kanak perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi kawasan orang ramai berkumpul seperti bazar Ramadan di sekitar Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, nasihat itu dibuat kerana dua kategori tersebut berisiko yang tinggi dalam kebolehjangkitan wabak Covid-19.

Tambahan pula terdapat peningkatan kes jangkitan Covid-19 di daerah Kuantan pada ketika ini menyebabkan kawalan perlu lebih diperketatkan bagi mengawal situasi semasa.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati semua pengunjung beratur panjang namun terkawal dengan penggunaaan sistem bernombor digunakan bagi mengawal jumlah pengunjung masuk ke bazar dan ia dilihat efektif.

Ketua Polis Daerah Kuantan beramah mesra bersama peniaga bazar sambil mengedarkan risalah “Bersama Mencegah Jenayah”

“Penganjung bazar diminta terus memantau Prosedur Operasi Standard (SOP) di setiap tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri dengan memastikan tiada pelanggar SOP berlaku.

“Satu sikap yang sangat baik bila ramai yang memahami tidak membawa anak ke bazar apabila pasangaan mengurus anak sementara isteri masuk ke bazar membeli juadah.

“Kita minta semua pihak iaitu peniaga, dan pengunjung mematuhi jarak fizikal ketika mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli makanan.

“Sistem nombor giliran seperti nampak beratur panjang tetapi kaedah ini dapat mengawal kesesakkan di dalam bazar, jadi pengunjung memasuki bazar Ramadan tidak terlalu sesak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MalaysiaGazette pemantauan SOP di Bazar Ramadan Stadium Darul Makmur berpuas hati sistem yang diurusakan oleh penganjur.

seramai 74 peniaga Bazar Ramadhan di perkarangan Stadium Darul Makmur mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur.

Terdapat 25 lokasi Bazar Ramadhan di Kuantan, dan seramai 74 peniaga di bazar Stadium mencari rezeki pada tahun ini.

Turut kelihatan pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan tujuh petugas Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengawal dua pintu masuk dan keluar dengan sistematik.

Dalam pada itu, peringatan mesra melalui hebahan pematuhunan SOP di bazar menerusi khidmat pembesar suara bergerak oleh penganjur juga mendorong pengunjung sentiasa waspada.- MalaysiaGazette