KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan sebanyak 2,195 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, rendah sedikit berbanding 2,331 semalam.

Status terkini Covid-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan Sarawak merekodkan kes tertinggi dengan 508 kes, diikuti Selangor (431), Johor (387), Kelantam (332), Kuala Lumpur (176) dan Sabah (112).

Lain-lain negeri di bawah 100 kes.

Dengan angka terbaharu itu, Malaysia merekodkan sebanyak 375,054 kes koronavirus. – MalaysiaGazette