Pasar di Phnom Penh ditutup kerana pelaksanaan sekatan pergerakan. foto Reuters

PHNOM PENH – Kemboja mula menempatkan ribuan katil di dua dewan majlis perkahwinan pada hari Ahad untuk mengatasi kebajiran kemasukan pesakit Covid-19.

Negara ini melaporkan sebanyak 618 kes koronavirus baharu pada hari ini, kata Kementerian Kesihatan.

Angka baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,389.

Kemboja sebelum ini merupakan antara negara yang merekodkan jumlah jangkitan terendah di dunia.

Setakat ini KEmboja melaporkan 43 kematian, semuanya dalam dua bulan kebelakangan ini.

“Kementerian Kesihatan telah memutuskan untuk menggunakan Pusat Premiere Sen Sok untuk dijadikan pusat rawatan Covid-19 yang dapat menampung lebih dari 1,500 pesakit,” kata stesen televisyen TVK yang memetik kenyataan jurucakap Kementerian Kesihatan.

Awal minggu ini, kerajaan juga mengubah satu lagi tempat perkahwinan, Koh Pich Convention & Exhibition Center menjadi hospital lapangan yang menampung sekitar 1,800 katil.

Phnom Penh dan sebuah daerah satelit di ibu negara dikenakan sekatan pergerakan pada hari Khamis dalam usaha untuk membendung penyebaran jangkitan. – MalaysiaGazette