Peminat stimbot dan panggang di kalangan umat Islam boleh menikmati menu kesukaan mereka.

KUALA LUMPUR – Jika ada yang teringin berbuka puasa menjamah stimbot dan gril, apa kata singgah di Pak John Steamboat & BBQ (Pak John) yang terletak di IOI City Mall Putrajaya. Tiba waktu berbuka di sana, makanlah sepuas-puasnya sampai kenyang.

Dengan harga hanya RM49.90 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak, pelanggan boleh memilih pelbagai hidangan yang sedap dan menyelerakan.

Ikutlah selera anda, sama ada hendak kuah sup yang terdiri daripada lima jenis perasa atau panggang. Tapi jangan pening kepala kerana pengunjung perlu memilih lebih 150 menu.

Bagi memangggang, pelanggan boleh menggunakan marjerin atau bawang putih bagi menaikkan lagi perisa daging, ayam atau makanan laut yang dipanggang itu.

Lebih menarik pelanggan boleh memilih 14 jenis sos pelbagai perasa sama ada pedas, manis, masin, masam atau gabungan masam, masin dan manis yang semuanya dibuat sendiri.

Pengarah Operasi Pak John, CS Chong berkata, restoran itu dibuka setiap hari sepanjang Ramadan bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam pada hari biasa dan 10 pagi hingga 10 malam pada hujung minggu

“Ramai yang datang di sini kerana terdapat banyak pilihan makanan dengan harga yang berpatutan. Kami juga menyediakan pelbagai jenis nasi goreng, spaghetti bihun goreng dan cucur jagung ketam sebagai menu utama,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.

Pak John Steamboat & BBQ menyediakan lebih 160 menu bersama 16 jenis sos termasuk pelbagai pemanis mulut.

Chong menambah, keistimewaan Pak John juga kerana menawarkan menu kepingan daging seperti ayam, itik, kambing dan abalone yang disediakan di kaunter khas dan memintanya dengan chef.

Malah, restoran itu juga menyediakan dim sum selain pencuci mulur seperi wafel, lapan perisa ais krim, cendol santan serta minuman sejuk dan panas.

“Selain terdapat daging-daging yang diperap dengan rempah juga untuk dipanggang, kami juga menyediakan buah-buahan segar bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.

“Cuma nasihat saya kepada pelanggan agar bijak menikmati menu stimbot dan panggang. Jangan makan banyak sekaligus namun ikut kaedah seperti makan sup terlebih dahulu sambil masak sayuran dan kemudiannya baru memanggang daging dan makanan laut sebelum mencuba makanan utama,” katanya tersenyum.

Chong menambah, pihaknya kekal komited untuk mematuhi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Butiran pelanggan yang datang seperti nama penuh, nombor telefon serta mengambil suhu badan pekerja dan pelanggan akan direkodkan.

“Di dalam restoran pula, susun atur ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja bagi memastikan penjarakan sosial,” katanya.

Pak John juga menawarkan menu kepingan daging seperti ayam, itik, kambing dan abalone yang disediakan di kaunter khas.

Mengenai perancangn Pak John pada masa akan datang, Chong memberitahu, restoran kedua akan dibuka di Tropicana Mall Petaling Jaya pada Jun ini selepas cawangan pertama di e-Curve Mall tidak lagi beroperasi selepas penutupan pusat membeli-belah itu.

Pak John dibuka di IOI City Mall sejak 2017 dan restoran itu mampu memuatkan pengunjung seramai 200 orang dalam satu masa.

Sementara itu, orang ramai yang ingin menikmati menu stimbot dan panggang di Pak John, digalakkan membuat tempahan dahulu di talian +60129022816. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast