Seorang pekerja mengambil sampel minyak di telaga minyak di Morichal, Venezuela. foto Agensi

SINGAPURA – Harga minyak naik ekoran dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah, di sokong pula dengan jangkaan penurunan inventori minyak mentah di AS – pengguna minyak tertinggi di dunia.

Niaga hadapan Brent bagi penghantaran Jun naik sebanyak AS$0.29 atau 0.4% kepada AS$67.33 setong 0157 GMT.

Manakala niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) bagi bulan Mei yang luput pada hari Selasa, naik AS$0.19 atau 0.3% kepada AS$63.57 setong.

Kontrak aktif Jun pada AS$63.71, naik 0.4% atau AS$0.28.

Pembeli yang menggunakan mata wang lain biasanya akan membayar kurang bagi belian minyak semasa dolar AS lemah.

“Dolar AS yang lemah akan menawarkan sokongan kepada komoditi, walaupun kebimbangan terhadap permintaan minyak di rantau-rantau tertentu,” kata ING Economics dalam nota penyelidikannya. – MalaysiaGazette