MGNews: Pasangan Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu Dipenjara Sehari, Denda RM2,500

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri yang mengusahakan perniagaan berasaskan inai dihukum penjara sehari dan masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana memberi maklumat palsu untuk merentas negeri bulan lalu.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu terhadap Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 25, dan suami, Azharique Shah Abdul Jalil, 23, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara bersama.