Jose Mourinho.

LONDON – Jose Mourinho bakal menerima pampasan sebanyak 15 juta pound (RM86.47 juta) daripada Tottenham Hotspur susulan pemecatannya sebagai pengendali kelab itu semalam.

Ia bermakna pengendali dari Portugal itu kini mengumpul sebanyak 77.5 juta pound (RM443.90 juta) daripada hasil pemecatannya.

Sebelum ini, Roman Abramovich membayar Mourinho sebanyak 18 juta pound (RM103.77 juta) untuk ditunjukkan jalan keluar dari Stamford Bridge.

Mourinho yang berusia 58 tahun dipecat selepas prestasi buruk yang ditunjukkan Tottenham Horspur pada musim ini dengan tidak berada dalam kelompok empat teratas apabila terikat 2-2 ketika berdepan dengan Everton pada Jumaat lalu.

Spurs juga  tersingkir daripada kelompok 16 terakhir Liga Europa walaupun mempunyai berkelebihan 2-0 sebelum mentang Dinamo Zagreb pada perlawanan timbal balik pertama.

Namun pemecatannya tidak kena pada waktunya selepas pengumuman kelab berkenaan terbabit dalam kontroversi penubuhan Liga Super Eropah (ESL) dan kurang seminggu sebelum final Piala Liga menentang Manchester City di Wembley.

Bagaimanapun Pengerusi Tottenham, Daniel Levy memilih untuk berpisah dengan Mourinho yang juga bekas pengendali Chelsea dan Manchester United. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast