Vaksin AstraZeneca didakwa menyebabkan berlaku pembekuan darah. Gambar hiasan

NEW DELHI – Sri Lanka mengesahkan enam kes pembekuan darah dalam kalangan penerima vaksin AstraZeneca Covid-19.

Tiga daripadanya telah meninggal dunia, kata Menteri Kesihatan Pavithra Waniarachchi kepada Parlimen hari ini.

Hampir sejuta orang telah diberi dos pertama vaksin buatan India di negara ini.

Tidak ada pengumuman untuk pemberhentian program vaksinasi dibuat setakat ini. – MalaysiaGazette