Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,340 kes baharu Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, tidak banyak perubahan berbanding 2,341 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan setakat ini 381,813.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Twitter rasmi memaklumkan Selangor mencatat kes baharu tertinggi dengan 526 kes, diikuti Sarawak (429), Kelantan (370), Kuala Lumpur (291) dan Sabah (172).

Sejumlah 170 kes direkodkan di Johor, diikuti Pulau Pinang (111), Pahang (81), Melaka (63), Kedah (55), Perak (38), Negeri Sembilan (24), Putrajaya (enam), Labuan (dua) dan masing-masing satu kes di Terengganu dan Perlis.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast