Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Aman 3, Taman Aman Jaya dan Taman Palm Height, Lahad Datu, Sabah berkuat kuasa esok sehingga 5 Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismal Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu memudahkan tindakan kawalan Covid-19 dengan lebih pantas dan berkesan seterusnya menghalang penularan kes dalam kalangan komuniti.

Jelas beliau, sehingga kini, secara keseluruhan sebanyak 45 kes positif wabak itu telah direkodkan di ketiga-tiga lokaliti tersebut iaitu 24 kes.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga melaporkan masih berlaku penularan kes dalam kalangan penghuni taman tersebut dan kebanyakan kes melibatkan jangkitan serumah.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, erajaan bersetuju melaksanakan PKPD,” katanya dalam satu kenyataan  hari ini.

Ismail Sabri menambah, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Perumahan Komuniti Bersepadu Pulau Serai, Pekan, Pahang sehingga 29 April ini.

Ini jelas beliau, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 545 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak tujuh  kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM melaporkan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk di kawasan PKPD dan terdapat sebanyak 47 sampel saringan yang sedang menunggu keputusan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Perumahan Komuniti Bersepadu Pulau Serai, Pekan, Pahang yang dijadualkan tamat esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast