Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bersama yang lain bersorak dihadapan pintu istana sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk penyerahan memorandum tamat darurat di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 APRIL 2021.

KUALA  LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah berkenan untuk menerima menghadap Jawatankuasa Rayuan Penamatan Proklamasi Darurat.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Khalid Samad berkata, pihaknya telah menerima surat itu daripada Istana Negara pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, tarikh dan masa bagi majlis menghadap bagi menyerahkan memorandum itu masih belum ditetapkan.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, pemakluman daripada Istana Negara itu ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Nazim Mohd Alim.

Baru baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu mula menyuarakan kemarahan kepada Raja-Raja Melayu susulan pelaksanaan darurat oleh kerajaan sehingga Parlimen tidak boleh bersidang.

Sementara itu, Khalid berkata, pertama kali pihaknya menghantar permohonan untuk menghadap Agong pada 26 Mac, namun, tiada maklum balas daripada istana, menyebabkan permohonan kedua dihantar pada 20 April.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Orang Melayu tidak marah kepada raja2 mereka berkenaan darurat? Mereka cuma nak balik kampung mengziarahi ibubapa mereka, itu sahaja!

    Selain itu hal orang2 politik yang asik berpolitik yang tiada kesudahannya!

  2. ORANG MELAYU TAK MARAH RAJA RAJA MELAYU, ORANG MELAYU MARAH PADA ATOK TUA DENGAN GENG PH YANG SIBUK DARI DULU NAK BERPOLITIK.. JANJI HANCING JE SEMUA. PH KALAU PERINTAH LAGI MMG HABIS LAH ORANG2 MELAYU SERTA RAJA2 MELAYU.. NORANG BANGGANG JE SOKONG PH

  3. Majority Melayu luar bandar yang terdiri dari golongan petani, pesawah, dan nelayan yang terpaksa berhempas-pulas kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang dengan tulang empat kerat di bawah panas terik matahari yang marah dengan salah tuduhan sebagai pemalas oleh Atok yang bergaji besar kerja di tempat teduh.

Comments are closed.