Johor Bahru – Empat pegawai penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan secara bersama melepaskan dua kontena rokok pada tahun lalu.

Pengakuan dibuat di hadapan dua hakim berbeza, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob dan Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh Muhammad Faizulhidi Abd Manan, 33; Nazril Md Yusoof, 41; Mohd Zauf’an Mohd Yusof, 42, dan Muhammad Najib Mohd Roby, 34, didakwa melakukan kesalahan bagi mencapai niat bersama telah menyebabkan untuk membebaskan barangan dagangan yang berupa rokok di dalam sebuah kontena yang telah disita dengan sempurnanya.

Manakala bagi pertuduhan kedua, kesemua tertuduh secara bersama telah menyebabkan untuk membebaskan barangan dagangan yang berupa rokok di dalam sebuah kontena yang telah disita dengan sempurna.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan antara jam 2.41 pagi sehingga 6.30 petang 18 November 2020 di Pelabuhan Pasir Gudang, Mukim Plentong.

Pendakwaan dijalankan di bawah seksyen 136(b) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 136(i) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM14,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam, Khairul Nizam Abu Bakar.

Kesemua tertuduh diwakili peguam, Mohd Hamizi Mohd Yusof dan Ahmad Khairudin Khalid.

Sebutan semula kesp ditetapkan pada 20 Jun depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast