Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu dan pemandu lori maut dalam nahas membabitkan dua motosikal di Jalan Gapam, Bemban, Jasin, lewat malam tadi.

JASIN – Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu dan pemandu lori maut dalam nahas membabitkan dua motosikal di Jalan Gapam, Bemban, di sini, lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Muhammad Thoriq Thani Ahmad Azam, 21, dan Md Samsul Mat Halif, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert, berkata siasatan awal mendapati Muhammad Thoriq yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda 110Z sedang dalam perjalanan dari Bemban menghala ke Ayer Keroh.

“Pada masa sama, Md Samsul yang menunggang motosikal Honda Dash 125 dalam perjalanan dari Ayer Keroh menghala ke Bemban.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang Md Samsul dipercayai sedang memotong kenderaan di hadapannya sebelum masuk ke laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu dan pemandu lori maut dalam nahas membabitkan dua motosikal bertembung di Jalan Gapam, Bemban, Jasin, lewat malam tadi.

Menurutnya, motosikal berkenaan kemudian bertembung dengan motosikal ditunggang Muhammad Thoriq yang sedang bergerak lurus di laluannya.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Lee berkata, Muhammad Thoriq merupakan pelajar Kolej Mutawwif UiTM Lendu, Alor Gajah, manakala Md Samsul bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat kurier di Taman Merdeka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here