The Johor Police has got the Red Notice approval to get assistance from the Interpol to trace the position of Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee and his wife, Niu Zhe, who is a Chinese national Johor Police Chief Ayob Khan Mydin Pitchay
Johor Police Chief Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU – Polis Johor sudqh mendapat kelulusan permohonan Notis Merah bagi meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan kedudukan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan isterinya, Niu Zhe, warga China.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, permohonan bagi menjejaki Nicky diterima pada Selasa lalu manakala kelulusan bagi mengesan Niu Zhe diterima semalam.

“Kita sudah mendapat kelulusan Notis Merah untuk mengesan Datuk Seri Nicky pada 20 April.

“Sementara itu, isterinya yang merupakan warganegara China, Niu Zhe, kita dapat semalam 21 April,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini.

Pada 15 April lalu, MalaysiaGazette melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses untuk mendapatkan notis merah bagi memohon bantuan Interpol dalam usaha menjejaki Soon Hee.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan PDRM sudah memohon dua notis, iaitu biru dan merah.

Notis biru adalah untuk mengesan lokasi suspek manakala notis merah bagi membolehkan polis membuat permohonan kepada Interpol bagi memberkas suspek.

Dalam perkembangan lain, Ayob Khan mengesahkan tangkapan ke atas seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) bagi membantu siasatan kegiatan jenayah terancang yang didalangi Soon Hee diberkas pagi semalam. – MalaysiaGazette

Geng Nicky: Pegawai polis KL ditahan bawah SOSMA bantu siasatan

2 Komen

Comments are closed.