logo polis

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kumpulan jenayah terancang yang didalangi ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim yang dihubungi MalaysiaGazette berkata: “Seorang pegawai Kontinjen ini ditahan bagi membantu siasatan kes Nicky,”.

Pegawai yang berusia 40 tahun itu difahamkan baru melaporkan diri sebagai ketua bahagian di sebuah IPD pada Januari lalu.

Beliau ditahan pada jam 11.30 pagi semalam oleh pasukan polis kontinjen Johor untuk disiasat di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (SOSMA) 2012.

Kini pegawai polis itu dipercayai berada di Johor dan disiasat sedang dilakukan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hapuskan mana² anggota penguatkuasa yg bersekongkol dgn penjenayah. Mereka itulah perosak negara.

Comments are closed.