Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah South African B.1.351 Covid-19 variant
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 terus meningkat hari ini dengan 2,847 kes direkodkan.

Ia menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sebanyak 387,535 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali mencatatkan kes tertinggi dengan 748 kes diikuti Sarawak dengan 717 kes.

“Kes positif Covid-19 di Kelantan turun kepada 476 berbanding 662 semalam, Kuala Lumpur dengan 302 kes, Johor 130, Negeri Sembilan 105, Pulau Pinang 89, Sabah 82, Perak 45, Kedah 44 kes, Melaka 42, Pahang 39, Terengganu 11, Putrajaya 14, dan Labuan 3 kes,” kata Dr Noor Hisham.

Negeri Perlis tidak mencatatkan sebarang kes setakat semalam.

Daripada 2,847 kes itu, 2,843 adalah kes penularan tempatan dengan 2,601 melibatkan warganegara dan 242 bukan warganegara.

“Terdapat 22,512 kes aktif dengan 260 pesakit kini di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan 125 individu memerlukan bantuan alat pernafasan,” kata Noor Hisham lagi.

Seramai 2,341 pesakit pulih dan jumlah itu menyaksikan 363,608 daripada keseluruhan 387,535 pesakit Covid-19 sudah sembuh.

Lapan lagi kes kematian direkodkan hari ini melibatkan tujuh warganegara dan seorang bukan warganegara.

Juga direkodkan hari ini adalah lapan kluster melibatkan lima kluster pendidikan termasuk empat kluster sekolah/institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dua kluster komuniti, dan satu kluster tempat kerja.

Kluster-kluster itu adalah Kluster Jalan Roban Lama (48 kes), Kluster Jalan Selirik di Sarawak (23 kes), Kluster Jalan Sungai Daun di Pulau Pinang (9 kes), Kluster Persiaran Sri Saujana (8 kes), dan Kluster Mempaga Satu (Kluster pendidikan) dengan 44 kes.

Tiga lagi kluster merangkumi dua kluster komuniti iaitu Kluster Gong Dermin di Kelantan dengan 51 kes, dan Kluster Seri Desa di Pahang dengan 10 kes.

Terakhir adalah kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur dengan tujuh kes positif Covid-19. – MalaysiaGazette