MGNews: Selesai Dijamin…Majikan Pukul ‘Bodyguard’ Ditangkap Semula

Sebaik sahaja selesai membayar wang jaminan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, ahli perniagaan yang didakwa memukul dua pengawal peribadi ditahan semula pihak polis.

Chun Chee Yang, 43, ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, kira-kira 2.30 petang tadi.