A Primary Year 3 student was beaten by his teacher in Kuala Kedah yesterday.
A Primary Year 3 student was beaten by his teacher in Kuala Kedah yesterday.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun mengalami kecederaan disyaki akibat dipukul guru sekolahnya di Kuala Kedah, Kedah semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan dari ibu mangsa yang berusia 30-an sekitar jam 4.36 petang.

“Pengadu mendakwa menyedari kecederaan pada anaknya ketika menjemput pelajar darjah tiga itu pulang dari sekolah.

“Kecederaan yang dialaminya melibatkan lengan sebelah kiri dan jari kiri serta muka sebelah kiri anaknya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ahmad Shukri berkata mangsa memaklumkan guru terbabit memukulnya menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Proses siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast