ACP Mohamad Zainal Abdullah

KUALA LUMPUR – Seorang pereka grafik yang dikenali Fahmi Reza ,ditahan pois bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata: “Ya..saya sahkan dia (Fahmi Reza) ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Tapi untuk maklumat atau butiran fakta lanjut berkenaan kes itu sila rujuk Bukit Aman yang sedang menyiasat kes itu,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendesak pihak berkuasa engambil tindakan tegas terhadap seorang pengguna Facebook yang didakwa menghina Raja Permaisuri Agong dalam laman media sosial itu.

Ahmad Fadhli yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas berkata, pemantauan pihaknya mendapati sememangnya individu itu telah banyak kali menghasilkan lakaran kartun yang mengganggu sensitiviti perkauman dan agama masyarakat majmuk. – MalaysiaGazette