Azlan Man

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pertukaran itu berkuatkuasa hari ini.

Ahmad Zahid dalam kenyataan ringkasnya turut mengucapkan terima kasih kepada Shahidan atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. – MalaysiaGazette