Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 16 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 2,717 kes baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menurun sedikit berbanding 2,847 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan setakat ini 390,252.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Twitter rasmi memaklumkan Selangor mencatat kes baharu tertinggi dengan 768 kes, diikuti Sarawak (570), Kelantan (518), Kuala Lumpur (240) dan Pulau Pinang (134).

Sebanyak 132 kes direkodkan di Sabah, diikuti Johor (126), Perak (54), Terengganu (50), Kedah (34), Melaka (30), Negeri Sembilan (27), Pahang (22), Putrajaya (11), Perlis (satu) selain tiada kes baharu di Labuan.- BERNAMA