Contoh kediaman yang dibangunkan oleh Al Ansar IBS PLT dalam Kempen Promosi Banglo IBS.

KUALA LUMPUR – Kempen Promosi Banglo IBS sempena Hari Raya 2021 anjuran Al Ansar IBS PLT kembali apabila ia dilancarkan bermula 15 April lalu hingga 11 Jun ini.

Pengerusi Eksekutifnya yang menerajui syarikat kontraktor perumahan yang menggunakan kaedah Inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS) itu, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, bermula 1 Mei hingga 5 Mei ini dan 1 Jun hingga 11 Jun  ini adalah tempoh happy hour apabila pihaknya akan memberikan diskaun berganda.

“Kempen promosi ini akan berlangsung lebih kurang dua bulan dengan tawaran pengurangan harga binaan serta hadiah bernilai hampir RM50,000 melalui pelbagai barangan dan perkhidmatan pembinaan yang kosnya ditanggung oleh Al-Ansar.

“Mengekalkan tradisi pemberian kediaman baharu seperti kipas dan lampu, smart TV  40 inci. Turut diberikan kabinet dapur jenis melamine berukuran panjang lapan kaki, perlindungan takaful rumah dan perabot selama setahun serta kornis syiling di ruang tamu,ruang keluarga dan ruang makan dan percuma perjanjian pembinaan.

“Justeru, kempen sempena hari raya ini  menawarkan diskaun sebanyak lapan hingga 12  peratus  jika mereka memilih lima rekaan iaitu Mawar, Imtiyaz, Alamanda, Maliha dan Mallow daripada harga serendah RM118,000 sehingga RM299,000 yang masing-masing mempunyai tiga hingga lima bilik tidur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Khanafi Husin (kanan) ketika majlis pelancaran banglo IBS sempana kempen promosi Hari Raya 2021.

Mengulas lanjut, Muhammad Khanafi turut menasihati orang ramai mengkaji latar belakang syarikat kontraktor dan selidik kesahihah kewujudan projek contoh supaya pelanggan tidak berputih mata.

“Projek banglo IBS Al Ansar hanya memakan masa kurang enam bulan untuk disiapkan dan kami mempunyai kediaman contoh di merata negeri. Jika ada yang berminat untuk melihat sendiri, ia sangat dialu-alukan.

“Caranya hubungi pihak kami dan kunjungan tersebut akan diatur sebaik mungkin. Ini semua penting supaya isu projek rumah terbengkalai tidak lagi bertambah jumlahnya,” ujarnya.

Tambah beliau, antara penyebab kontraktor gagal menyudahkan projek perumahan apabila berlaku masalah aliran kewangan syarikat yang tidak diatur dengan sistematik di samping mereka mempromosi harga kediaman yang tidak masuk akal dan tawaran  diskaun melampau.

“Tujuan asal kontraktor terbabit memberi diskaun yang banyak untuk menarik minat pembeli tetapi jika tidak mempunyai pengurusan yang baik seperti  enggan mengambil kira kenaikan harga barangan mentah termasuk batu dan besi di pasaran, projek pasti  gagal disiapkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast