Jue Aziz.

KUALA LUMPUR – Pelakon Jue Aziz meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran pada hari kelapan Ramadan yang lalu.

Ibu tunggal itu berkata, dia menghabiskan semua juzuk dalam masa singkat sempena ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-69.

Meskipun teruja dapat memenuhi hasrat ibunya, Nor Azmah Mohd Nor, Jue berkata, ada satu lagi permintaan yang belum dapat ditunaikan iaitu jodoh.

“Kejutan ulang tahun kelahiran ibu. Alhamdulillah akhirnya khatam Al-Quran, syukur! Dari hari pertama Ramadan sampailah Selasa.

“Kita bercinta berdua jelah mak. Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput Ilahi sempatlah orang bermanja selagi mak ada. Aandai ini Ramadan terakhir,” tulisnya.

Berkongsikan mengenai perkara itu di Instagram, Jue dalam rasa sebak berkata, dia kuatkan diri untuk menyempurnakan khatam Al-Quran selepas melihat semangat ibunya.

“Bila kita tengok orang tua kita dalam keadaan begitu, tak larat lutut..sakit masih kejar agama, tak sihat pun masih semangat kuat, kenapa kita sihat tak buat amalan.

“Terima kasih mak bagi semangat percaya orang boleh khatam. I love you so much. Berkat doa mak! Ramai yang rindu tak dapat jumpa mak bapak di luar sana, buatlah sesuatu untuk mereka,” katanya.

Jue sebelum ini pernah berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniel pada 2014 namun bercerai pada 2019. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast