Dua bot nelayan Vietnam bersama 19 kru ditahan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing selepas menceroboh perairan negara dari Pulau Pemanggil di Mersing semalam.

JOHOR BAHRU – Dua bot nelayan Vietnam bersama 19 kru ditahan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing selepas menceroboh perairan negara dari Pulau Pemanggil di Mersing semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander  Khairul Nizam Misran berkata, kesemua kru termasuk seorang tekong berumur 18 hingga 52 tahun itu ditahan pada pukul 2 pagi.

Mereka ditahan dalam satu ops bersepadu bersama Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia.

“Kedua-dua buah bot ditahan kerana memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran manakala kesemua 19 kru pula ditahan kerana gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran dari Pengarah Perikanan Malaysia.

“Kes turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Khairul Nizam, kedua-dua bot serta 19 kru diiringi masuk ke Jeti APMM Pos teluk Gading untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kesemua tahanan juga akan menjalani saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga dalam membendung penularan wabak yang sedang melanda.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast