Abdul Hadi Awang PAS GE14 14th General Election Perikatan Nasional Islam Muslim
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Banyak diuar-uarkan berita tentang kewujudan golongan pelampau agama namun ramai terlepas pandang dan  kini muncul pula golongan pelampau politik.

Golongan itu sanggup melupakan nyawa manusia demi mencapai agenda politik mereka.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerakusan mereka lebih teruk daripada golongan pelampau agama yang meletupkan bom dan membunuh.

Ia juga jauh lebih kecil dibandingkan dengan mangsa wabak Covid-19.

“Kini muncul kumpulan yang menentang perintah darurat kesan penularan pandemik tersebut. Seolah-olaah mereka tidak berada di planet bumi yang dilanda wabak itu.

“Alasannya hanyalah lebih bersifat politik untuk mengintai agar mendapat kuasa yang terlepas, laksana ayam terlepas tangannya berbau.

“Mereka langsung tidak peduli terhadap kemungkinan bahaya mendatang, dengan mengambil langkah politik sepanjang masa, tanpa mempedulikan terhadap bahaya wabak yang memakan korban di seluruh dunia,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook rasminya hari ini.

Abdul Hadi juga melihat punca pelampau politik ini muncul kerana bersikap melampaui batas sehingga menenggelamkan ekonomi dan keselamatan yang sekadar menjadi tempat berlindung segala kerakusan dalam politiking.

Jelasnya, walaupun faktor ekonomi dan keselamatan dijadikan alasan, namun perkara tersebut hanyalah sekadar batu pelindung nafsu politik mereka yang sudah melampau.

“Namun, masih tidak boleh meninggalkan perangai politik gila yang melampau kerana telah kehilangan kuasa dalam khayalan berebut kuasa antara satu sama lain dalam kumpulannya.

“Sehingga merancang langkah politik laksana jerung lapar yang bersembunyi di sebalik batu kerana sukar untuk mendapatkan semula kuasa dengan segala cara yang benar dan bohong.

“Namun, jerung yang besar dan ganas itu tidak mudah untuk berlindung seperti udang di sebalik batu,” katanya.

Dalam pada itu, Malaysia tidak seharusnya mencontohi negara barat yang berlagak atas nama kebebasan dan hak asasi manusia, sehingga tidak berdisiplin dalam menangani bahaya wabak yang lebih dahsyat daripada peperangan, kononnya atas nama kebebasan.

“Jika kenderaan melanggar lampu isyarat atau terjunam ke dalam gaung atau parit, sama ada kerana terbabas keretanya atau terbabas akal pemandunya, maka pengertian sedemikian tidak boleh diertikan dalam konsep kebebasan.

“Kedua-dua keadaan tidak boleh diizinkan, walaupun ada yang boleh dimaafkan dan ada yang tidak boleh dimaafkan, demi menjaga kebaikan yang lebih diutamakan daripada mengundang kemudaratan.

Katanya lagi, jika yang menebuk kapal itu ialah manusia, maka ia wajib dicegah, sebaliknya jika yang menebuk kapal itu ialah spesies jerung, maka ia perlu dihapuskan sahaja demi menyelamatkan semua.

“Lihat sahaja kelibatnya, sepatutnya sudah dapat dikenali apakah jenis ikannya, sama ada udang di sebalik batu atau ternyata laksana jerung yang sedang menunggu.

“Inilah lagak pelampau politik yang tergila-gilakan untuk berkuasa, yang akhirnya pada kemudian hari mereka akan menyesal disebabkan menyalahgunakan kuasa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Engkau sebagai Wakil Khas Ke Timur Tengah bertaraf menteri…dgn gaji sebagai menteri…rakyat nak tanya…berapa billion pelaburan dari Timur Tengah kau dah berjaya bawa masuk sejak dilantik? Apakah hukum kepada manusia yg makan gaji buta??? ko jawab dulu soalan ni

  2. Dan yg kedua…ko nak kritik negara Barat dan Bukan Islam…tp faktanya negara mereka lebih berjaya dalam pengurusan Covid berbanding Malaysia..dan satu lg, jerung ni ialah mrk yg lapar jawatan dan sanggup buat apa sahaja hatta menunggang agama utk berkuasa…ko faham ke tidak??

Comments are closed.