Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob interstate travel ban Hari Raya Aidilfitri balik kampung Covid-19
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang meminda Akta Angkatan Tentera 1972 agar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat wajib bersara selepas 21 tahun perkhidmatan.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan itu bagi membolehkan mereka menikmati pencen dan ganjaran.

Jelasnya, pada masa ini semua anggota tentera mempunyai pilihan berhenti secara sukarela selepas 12, 15 atau 18 tahun perkhidmatan tanpa menerima pencen.

“Apabila mereka tamat perkhidmatan sebelum 21 tahun, mereka tidak berpencen dan perlu mulakan kehidupan baharu.

“Ada yang menjalankan perniagaan namun apa yang kita khuatir jika perniagaan mereka tidak menjadi.

“Jadi cadangan pindaan ini untuk menjamin anggota tentera menerima pencen apabila tamat berkhidmat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan, Berbuka Puasa dan Ramah Mesra bersama Persatuan-Persatuan Veteren ATM di Wisma Perwira di sini hari ini.

Seramai 175 wakil dari 73 persatuan veteran ATM di seluruh negara mengadakan perjumpaan dan dialog berhubung isu semasa veteran ATM.

Sebelum itu, wakil persatuan itu menyuarakan kebimbangan susulan ramai anggota tentera yang tidak berpencen kini menghadapi kesulitan hidup.

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, sehingga ini sebanyak RM8,745 juta berjaya dikutip menerusi Tabung Pahlawan.

“Baki RM4 juta masih belum diterima, (dan) ini adalah daripada syarikat korporat yang mahu menyalurkan sumbangan. Jadi jumlah keseluruhan yang berjaya dikutip ialah RM12.745 juta,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. sokong…sepatutnya sudah lama dipraktikkan demi masa depan dan jasa perajurit selepas bersara wajib @ PI[IHAN

Comments are closed.