MGnews: Cadangan Wajib Bersara Selepas 21 Tahun Berkhidmat Nikmati Pencen – Ismail Sabri

Kerajaan bercadang meminda Akta Angkatan Tentera 1972 agar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat wajib bersara selepas 21 tahun perkhidmatan.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan itu bagi membolehkan mereka menikmati pencen dan ganjaran. Jelasnya, pada masa ini semua anggota tentera mempunyai pilihan berhenti secara sukarela selepas 12, 15 atau 18 tahun perkhidmatan tanpa menerima pencen.