Ketua Pegawai Eksekutif dan Selebriti, Noor Neelofa selepas Majlis MOU antara Fipper dan The Noor di Marriot Hotel, Putrajaya. Foto FIKRI YAZID, 5 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Semalam kecoh apabiala selebriti popular, Neelofa, suami, PU Riz dan 20 angota keluarganya dikenakan kompuan sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Namun belum reda dengan isu tersebut, tular di media sosial apabila Neelofa memuat naik foto burger di Insta Story miliknya.

Susulan perkongsiannya itu, netizen mendakwa Neelofa dikatakan tidak sensitif dengan isu menimpa peniaga burger yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000.

Bagaimanapun, menerusi satu lagi perkongsian Neelofa terkejut ramai yang salah anggap dan bersangka tidak baik.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Neelofa berkata sebelum memuat naik gambar tersebut peguamnya sudah menghubungi peniaga burger untuk membantu membayar kompaun yang telah dikenakan.

Kelmarin, tular seorang peniaga burger Wan Mohd. Faisal Wan Kadir, yang berkongsikan kisahnya dikompaun sebanyak RM50,000 ketika sedang berniaga di hadapan rumah sendiri kerana berniaga lebih masa ditetapkan.

Namun, ada netizen mempertikaikan mengapa kes Neelofa mengambil masa 33 hari untuk dikenakan kompaun berbanding rakyat biasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast