Gambar hiasan

NEW DELHI – Gempa berkekuatan 6.4 pada skala Richter melanda Assam, negeri di timur laut India, pada pukul 7.51 pagi waktu tempatan Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Pusat Seismologi Nasional India (NCS).

“Pusat gempa adalah di Sonitpur, Assam yang terletak pada latitud 26.69 darjah utara dan garis bujur 92.36 darjah timur,” kata maklumat yang dikeluarkan oleh NCS, yang menambah “kedalaman gempa bumi adalah 17 km”.

Gegaran turut dirasakan di negeri-negeri yang berdekatan.

Gempa itu menggegarkan seluruh negeri dan laporan mengatakan orang ramai yang panik bergegas keluar dari rumah dan bangunan untuk berkumpul di kawasan terbuka.

Setakat ini belum ada laporan mengenai kehilangan nyawa dalam gempa itu.

“Baru saja mengalami gempa besar di Assam. Menunggu maklumat selanjutnya,” tulis Menteri Kesihatan Tempatan Assam Himanta Biswa Sarma di media sosial.

Menteri itu juga berkongsi gambar dinding rumah yang pecah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast