Hafizh Syahrin

KUALA LUMPUR –  Hafizh Syahrin Abdullah  yang menyertai Kejuaraan Motosikal Dunia berazam mahu menempatkan dirinya dalam kelompok 15 terbaik yang menjanjikan kutipan mata pada setiap kejohanan akan datang.

Beliau meletakkan azam itu selepas kecewa sebanyak tiga kali pada perlumbaan awal musim 2021 yang lalu.

Hafizh yang mewakili pasukan NTS RW Racing GP dan menggunakan casis baharu dalam kelas pertengahan berkata, dia masih yakin dengan kemampuannya untuk kembali mempamerkan aksi lebih kompetitif pada pusingan seterusnya yang dijadual berlangsung di Grand Prix (GP) Sepanyol, bermula Jumaat ini.

“Saya akan cuba yang terbaik pada minggu ini. Apapun, saya tak berani untuk meletakkan janji kerana NTS masih baharu dalam Moto2.

“Saya yakin dengan kemampuan diri saya, mungkin belum rezeki untuk berada di (kelompok) depan seperti dulu. Saya akan terus berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa,” katanya seperti dilapor Harian Metro Online.

Untuk rekod, pada aksi pembukaan musim di GP Qatar, Hafizh menamatkan perlumbaan di tempat ke-21 manakala GP Portugal, 18 April lalu, Hafizh menamatkan perlumbaan di tempat ke-18. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast