Ministry of Education MOE Datuk Dr Radzi Jidin Minister of Education Schools closure Covid-19 PdPR home-based teaching and learning Aidilfitri holidays
Dr Radzi Jidin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melakukan siasatan  berkenaan dakwaan seorang guru yang bergurau keterlaluan mengenai jenaka rogol kepada pelajarnya baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Mohd Radzi Jidin berkata, kes tersebut juga sudah berada dalam siasatan pihak polis.

“Berkaitan dengan jenaka rogol yang dikatakan disebut oleh seorang guru, saya ingin menjelaskan bahawa kami di kementerian mengambil serius tentang perkara ini. We cannot tolerate this.

“Namun begitu di peringkat kementerian kita sedang melaksanakan penyiasatan yang mendalam dan kes ini telah menjadi kes polis tapi saya ingin tegaskan kepada umum bahawa kita memang ambil serius, sekiranya didapati terdapat kes maka tindakan yang sewajarnya dan tegas akan diambil ke atas kes tersebut,” katanya dalam Sidang Media Khas Menteri Kanan (Pendidikan) hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan para pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Dakwa seorang pelajar perempuan menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok, kejadian itu berlaku pada Jumaat lepas ketika sedang mengikuti mata pelajaran tersebut dengan seorang guru lelaki.

Pelajar berusia 17 tahun itu juga telah membuat laporan polis berkenaan kejadian yang berlaku.

Sementara itu, dalam sidang media dua hari lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis menerima dua laporan yang dibuat seorang pelajar berhubung tindakan guru yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur lucah semasa mengajar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast