KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini menafikan telah mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semata-mata untuk memberikan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelas beliaau, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.
Menurut Noraini menerusi kenyataan di UMNO Online, pertemuan sedemikian tidak pernah berlaku dan Wanita UMNO tidak pernah diarah oleh Presiden supaya menyokong Anwar untuk dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.
Beliau turut meminta minta pihak yang membuat dakwaan tidak benar itu supaya tidak mengheret Wanita UMNO ke dalam kancah politik yang tidak sihat.
Noraini yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata demikian susulan dakwaan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Exco Wanita UMNO, Datuk Shamsiah Mohd Yassin bahawa wujud gerakan untuk menyokong ahli Parlimen Port Dickson itu untuk dilantik sebagai perdana menteri.
Shamsiah semalam dilaporkan mendakwa bahawa Presiden parti telah mengarahkan Wanita UMNO menyokong Datuk Seri Anwar untuk dilantik sebagai perdana menteri.
Sementara itu, lima Exco Wanita UMNO dalam satu kenyataan berkata, tidak pernah sekali pun Presiden mengarahkan sayap parti itu supaya menyokong Datuk Seri ANWAR IBRAHIM
Kata mereka, Wanita UMNO bukan pendusta tetapi Wanita UMNO adalah tulang belakang parti.
Lima exco itu adalah Datuk Latipah Omar, Datin Ros Suryati, Datuk Rosni Zahari, Datuk Siti Hajar Mubin dan Datuk Roslin Abbdul Rahman. – MalaysiaGazette