KUALA LUMPUR – Jangkitan kes Covid-19 di negara ini semakin menggusarkan apabila merekodkan sebanyak 3,332 kes jangkitan harian Covid-19 setakat semalam.

Dengan angka itu, jumlah keseluruhan kes terus meningkat kepada 404,925.

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan Selangor terus kekal sebagai penyumbang terbesar kes iaitu 1,083.

Ia diikuti Sarawak 522, Kelantan 401 dan Kuala Lumpur 359.

Perlis turut merekodkan satu kes. – MalaysiaGazette