Seramai 134 individu termasuk pemilik sebuah pusat hiburan dikompaun kerana tidak mematuhi SOP Covid-19 oleh polis dalam serbuan op khas bermula 9.30 malam hingga 1.30 pagi hari ini di ibu negara.

KUALA LUMPUR – Seramai 134 individu yang leka berhibur di Pusat Hiburan Paramaunt, di sini, dikenakan kompaun antara RM1,500 hingga RM50,000 gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Azman Ayob dalam serbuan bermula jam 9.40 malam hingga jam 1.30 pagi itu, pemilik premis pusat hiburan itu didenda RM50,000.

“Kita telah berjaya mengeluarkan kompaun terhadap kesemua pengunjung berkenaan atas kesalahan perlanggaran SOP iaitu denda seorang individu antara RM1,500 hingga RM5,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 18, PPPD PPB (No. 4) 2021 atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Operasi ini akan dilakukan dari semasa ke semasa demi memastikan SOP Covid –9 yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi terutama di pusat hiburan. Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang telah ditetapkan demi memutuskan rantaian wabak Covid – 19 di negara kita,” ujarnya.-MalaysiaGazette