Seorang pengundi diperiksa suhu badan sebelum mengundi di pusat mengundi di barat Bengal. foto Agensi

BENGAL – Penduduk India di Bengal barat keluar mengundi dalam fasa terakhir pilihan raya meskipun kes-kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di negara ini mencanak.

Para pengundi beratur panjang di luar kaunter-kaunter mengundi, sekali gus meningkatkan kebimbangan penularan jangkitan koronavirus.egara ini.

Pakar-pakar kesihatan bimbang Benggala barat akan menjadi pusat virus selepas ini selepas kempen pilihan raya yang dijalankan disertai oleh orang ramai.

India merekodkan lebih daripada 17,000 kes dalam tempoh 24 jam – lonjakan tertinggi.

Negeri ini sudah berada dalam fasa terakhir mengundi dengan.

Bahagian timur negeri ini merupakan antara lokasi yang Perdana Menteri Narendra Modi tidak mempunyai majoriti kerusi.

Setakat ini, situasi pandemik di India masih kritikal apabila hospital sesak dan bekalan oksigen pula rendah.

Pusat pembakaran mayat pula beroperasi tanpa henti.

Jumlah kes kematian rasmi sudah melepasi 200,000 kes meskipun pakar-pakar percaya jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

India juga melaporkan 360,960 kes jangkitan dalam tempoh 24 jam sebelum itu, jumlah harian tertinggi di dunia. – MalaysiaGazette