Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Pejabat beliau dalam satu kenyataan memaklumkan, Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Buat masa ini, beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital,” demikian menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar.

Saifuddin turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast